3 Peranan Suami Dan Isteri Dalam Rumahtangga | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » 3 Peranan Suami dan Isteri dalam Rumahtangga

3 Peranan Suami dan Isteri dalam Rumahtangga

Oleh : Mohd Redzuan bin Zamberi K.B.;P.A.

Dalam apa pun situasi rumahtangga, keduanya perlu mainkan peranan.

Peranan Suami :
1. Sabar (Sifat terpuji yang mengangkat martabat suami. Lagi banyak sabar, lagi berkualiti anda!)
2. Pendamai (Sebagai Khalifah anda mengalahlah..Ego melampau buat isteri jauh dan tawar hati)
3. Pembantu Urusan Rumahtangga (Isteri hadapi tekanan menguruskan semua urusan.. bantulah! Anda kan gagah perkasa)

Peranan Isteri :
1. Sabar (Belajarlah bersabar walaupun fitrah wanita itu emosinya bergolak. Kadangkala suami tak dapat menahan kesabaran, jadi jangan buatnya hilang kawalan).
2. Bertenang (Tatkala terjadi krisis, tidak semesti isteri betul dan perlu sentiasa menang. Bagus isteri yang beralah dan mendamaikan suami. Kadangkala layan dan akur, suami lebih hargai).
3. Pengurus terbaik rumahtangga (sebaik manapun seorang suami, mereka tak mampu tandingi isteri untuk buat banyak perkara di rumah. Kadangkala hanya sedikit pertolongan. Jadi isteri agihkan tugas yang mampu suami buat, dan mintalah tolong secara baik bukan perli atau bebel).

Perkara yang paling penting adalah sikap suami yang tidak mudah melafaz talak dan lafaz taklik untuk mengajar atau menghukum isteri. Banyakkan SABAR kerana itulah sikap Rasulullah S.A.W yang sentiasa berlemah-lembut, penyabar dan menyantuni isteri-isterinya. Sikap pemarah, pendendam, pemukul, maki hamun itu adalah perangai Firaun. Pilihlah….
Semoga tip ini dapat membantu para suami dan isteri dalam pengurusan rumahtangga, sekiranya dapat diselesaikan secara damai dalam sesuatu konflik lebih disarankan secara berdua tanpa melibatkan mana-mana pihak terdahulu, Jumpa pakar kaunselor yang bertauliah sekiranya ingin mendapatkan sokongan,
Untuk maklumat lanjut, warga UPM boleh menghubungi kami melalui direktori laman web di www.bkupm.edu.my atau untuk mendapatkan maklumat dan program atau aktiviti dijalankan oleh Bahagian Kaunseling UPM, boleh ikuti kami di media sosial kami di Facebook dan Instagram.

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
WXFRMAO~