Pengurusan Konflik Di Tempat Kerja | BAHAGIAN KAUNSELING UPM
» ARTIKEL » Pengurusan Konflik di Tempat Kerja

Pengurusan Konflik di Tempat Kerja

Oleh : Izwana binti Ismail K.B.;P.A.

Konflik atau perselisihan yang berlaku antara pekerja perlu diselesaikan dengan segera yang boleh dan ia tidak baik dibiarkan berpanjangan. Konflik dalaman yang mengganggu kesejahteraan persekitaran kerja organisasi apabila tiada kawalan serta boleh merosakkan produktiviti organisasi kerana interaksi dan komunikasi berpasukan antara pekerja tidak harmoni di tempat kerja. Berikut dikongsikan tip pengurusan konflik di tempat kerja;

1. Bercakap terus dengan pihak yang terlibat dalam konflik. Jangan biarkan ia berlarutan dan berbincanglah mengenai konflik tersebut. Sekiranya konflik dibiarkan berlarutan akan mengganggu produktiviti sesebuah organisasi.
2. Mendengar dengan teliti apa yang dijelaskan oleh setiap pihak yang terlibat dan pihak yang mendengar juga tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak.
3. Elakkan saling menyalahkan antara satu sama lain. Berbincanglah bersama-sama untuk menyelesaikan konflik. Saling menyalahkan akan merugikan kedua-dua belah pihak malah konflik tidak dapat diselesaikan.
4. Menyediakan ruang perbincangan yang selesa dan selamat tanpa gangguan daripada pihak lain.
5. Ingat, matlamat utama menguruskan konflik adalah untuk menyelesaikannya dan menggalakkan hubungan yang lebih baik antara pekerja.
6. Gunakan pendekatan yang terbaik dalam mencari penyelesaian, di mana kedua-dua pihak berkompromi dan mencari penyelesaian yang saling menguntungkan.
7. Jangan sesekali memandang rendah kepentingan atau pandangan orang lain. Setiap pandangan atau pendapat mempunyai nilai tersendiri dan perlu dipandang serius.
8. Akhir sekali, jangan teragak-agak untuk melibatkan pihak pengurusan jika perlu. Mereka boleh membantu anda dan pasukan anda mencari penyelesaian terbaik yang berkesan.

Semoga tip ini menerima manfaat buat semua yang membaca! Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi kami melalui direktori laman web di www.bkupm.edu.my atau untuk mendapatkan maklumat dan program atau aktiviti dijalankan oleh Bahagian Kaunseling UPM, boleh ikuti kami di media sosial kami di Facebook dan Instagram.

 

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | ayna

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 2082
-
WXFROA2~